Iseng

Hari ini lagi blogwalking, eh nemuin artikel yang kayak begini nih. Tak share ke sini aja ya…n_n

===ZODIAK WANITA===

WANITA TANAH

Wanita tanah
dilahirkan di bawah zodiak;

Taurus (21 April-20Mei),

Virgo (24Ogos-23 September) dan

Capricon (22 Disember-20 Januari).

  • Seorang yang
    boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
  • Penyabar dan
    bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
  • Semangat
    produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati menjadikan wanita
    tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
  • Kebijaksanaan dan
    kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang
    pendiam dan tenang.
  • Sifat marah yang
    terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa bawa dalam
    perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
  • Tidak mudah
    menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang
    setia dan berwibawa.

 

WANITA API

Wanita api
dilahirkan di bawah lambang;

Aries (21 Maret-20
April),

Leo (24 Juli-23 Agustus) dan

Sagittarius (23
November-21 Desember).

 

  • Dilahirkan
    sebagai pemimpin
  • Mempunyai
    kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya
    benar.
  • Seorang yang
    artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  • Mempunyai
    personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat
    ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam
    terhadap sesuatu yang disukainya.
  • Suka berterus
    terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan
    terhiris.
  • Jujur dan mahu
    hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang
    cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan
    untuk beralih arah jika berasa tertekan.

 

WANITA ANGIN

Mereka ini lahir
di bawah lambang;

Gemini (22 Mei-21
Juni),

Libra (24
September-23 Oktober) dan

Aquarius (21
Januari-19 Februari).

  • Berterus terang,
    berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  • Berfikiran
    terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh
    dicapai.
  • Bergaya, tenang
    dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap
    diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh sungguh.
  • Sanggup
    mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan
    mengelakkan perselisihan atau konflik.
  • Sentiasa gigih
    untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
  • Kurang cenderung
    untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  • Dikenali dan
    diingati kerana sifat romantis dan manja.

 

WANITA AIR

Wanita air
terdiri daripada mereka yang lahir di

bawah zodiak;

Cancer (22 Juni-23 Juli)

Scorpio (24 Oktober-22 November) dan

Pisces (20 Februari-20 Maret)

  • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
  • Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat
    mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang
    berubah-ubah dan berhati hati.
  • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang
    berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang
    menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri
    sendiri.

NB : Boleh percaya boleh tidak…

Sumber :  blog tetangga



Leave a Reply